SITI HAMDAH menunjukkan SMS yang dihantar penculik.
KUALA LUMPUR: Keluarga Mohd Nazarrudin Saidin, 38, yang masih dalam tahanan kumpulan penculik di selatan Filipina, trauma selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada kumpulan itu mengancam akan menyembelih mangsa jika wang tebusan tidak dibayar secepat mungkin.
Terdesak dengan perkembangan terbaru itu, bapa Mohd Nazarrudin, Saidin Aziz bersama isteri, Siti Hamdah Ahmad dan seorang lagi anak mereka, Mohd Lukman Saidin bergegas ke pejabat Kelab Putera 1Malaysia merayu bantuan Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim membantu menyelamatkan Nazaruddin.“Saya sudah hilang punca, tidak tahu ke mana hendak meminta tolong. Saya sudah ke sana ke mari menagih simpati tetapi tiada pihak yang benar-benar membantu.